Pengakuan dari pihak owner kepada si ibu

anak yg baru berusia setahun 5 bulan yg menjadi mangsa
ini adalah luahan sang ibu yang mana anak yang masih kecil menjadi mangsa taska di putrajaya. ibu mana tak sedih bila anak diperlakukan spt itu kan. kalau saya, dah menangis telahla.. hmm. kenapalah gamak manusia ni berperlakuan mc ini pada anak2 yang masih kecil ni.. jadi kepada ibu2 terutamanya sekitar putrajaya yang nak hantar anak2 ke taska, hati2lah yer.. bg yang kita dah tahu sikap pekerja taska mc tu, tak payah lah dok tebiang bak kata org kedah ni nak p hantar lg anak kita tang tu.. tak kan nak tunggu mati kot anak kita baru nak menyesalkan... hmm... penampar berdas das patut diberi pada pekerja yang perangai monkey tu.... emo bila baca kesah ni.... =((
hanya untuk berkongsi pengalaman.jgn meletakkan kepercayaan kepada taska 100%hati ibu mane yang tidak terluka apabila anak yg dikasihi diperlakukan begini. anakku yang baru berusia 1 tahun 5 bulan telah dikurung oleh pekerja- pekerja di Taska Anakku Ceria Bahagia, Presint 14B hanya kerana anak aku kuat menagis. nasib ade kakak yg balik mengadu pada aku. walau pun kakak baru berusia 3 tahun 10 bulan tapi budak tak pernah cakap bohong..Suami menelefon owner taska utk bertanyakan hal tersebut ttp owner memberi tahu bwh dia tdk tahu kejadian tersebut kerana dia tiada semasa kejadian berlaku.nex day nyer baru owner msg utk meminta maaf atas kejadian tersebut. (sah, memang anak aku kene kurung)… next day nye jugak lah anakku bangun tido tanpa boleh membuka mata. mungkin disebabkan oleh menagis terlalu lama. Anakku memgalami trauma yg agak teruk.. nak berdukung 24 jam dengan aku, tido mengingau sambil menangis.. aku pun mengalami trauma, makan tak lalu, semangatt hilang… sedih yg teramat sgt..aku post di sini bukanlah untuk menutup periuk nasi org lain ttp hanya untuk peringatan kepada semua org termasuk diriku sendiri spy perkara begini tidak akan berlaku lagi..hati masih sakit mengenangkan anak diperlakukan demikian.. walaupun ramai pekerja dalam taska tersebut tapi sorang pun tak tolong anak saya yg telah lama di kurung dalam stor tersebut..Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada ibubapa yg menghantar anak ke nurseri terutamanya taska putrajaya. tq
No comments:
Post a Comment